Saturday 25 August 2012

Laman-laman untuk inspirasi


Kita nak kongsi gambar-gambar yang menjadi inspirasi untuk laman kita yang baru bermula... dulu tinggal kat apartmen...nak buat camni dah tentu tak boleh.. so since kita baru nak mula...kita layanzzz je photo-photo ni dulu ye....







Biji Benih

Biji benih yang dilabelkan oleh anak gadis saya... tengok tu ada gambar sayur / buah buat menambah keceriaan di Taman Ceria...he..he...^_^...

Biji benih yang ada dalam stok...

1. Cili Merah
2. Cili Padi
3. Terung Bulat Hijau
4. Terung Panjang Hijau
5. Tembikai Panjang/Lonjong
6. Lemon
7. Sayur Maman
8. Roselle
9. Bunga Taik Ayam


Benih baru je direndam, makanya esok bolehlah disemai anak benih tu...ada jugak anak benih yang timbul, itu maknanya anak benih tu tak berkualiti, boleh buang saje...maaflah ye kualiti gambar tak cantik...sementara tengah tunggu handphone diperbaiki, gunalah telefon lama cap 'China'...
Telefon tu kena kena duduk kat hospital dalam sebulan... kena tunggu alat gantinya... nasib baik ada warranty lagi, kalau idak...RM??? banyak tu nak betulkan...jadi kenalah bertahan guna handphone ni...bila ambil gambar lain ok... ke sebab tak pandai guna... he..he...

Terung bulat hijau

Hari ni masak lagi terung bulat hijau yang Kak Yah bagi masa pegi beraya rumah dia... masak simple je... Masak terung goreng...
Cara-cara memasaknya, dah macam cheflah pulak ye...
Terung goreng dengan bawang, halia, cili padi dan ikan bilis...
Terung tu kena goreng dulu, angkat, kemudian barulah goreng ikan bilis, kemudian masukkan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi...
Tadaaa... dah siap... makan dengan sambal sardin... fuhhhh sedap sehingga menjilat jari.... terung tu memanglah manis.... tak sabar nak tunggu biji terung tu bercambah... nak berbuah....

Friday 24 August 2012

Salam perkenalan dari Taman yang Ceria

Hari pertama buat blog taman ni memang berkobar-kobarlah semangat... adalah 7 biji benih yang dapat dikumpulkan. Pada hari raya pertama ke rumah Kak Yah, dapat benih terung panjang, terung bulat, sayur maman, bunga taik ayam (kena cari ni nama komersial dia). Banyak betul pokok kat rumah Kak Yah, naik histeria melihatnya... ha ha ha...^_^.Bukan itu saje, dapat batang pokok bunga ros jepun bermacam warna... yang berlapis yang satu lapis... hebat-hebat.... dalam satu hari banyak tul dapat kumpul... ada jugak bawak balik tebu hitam, cik abang dah tanam dah kat tepi pagar...Kak Yah tanya pulak, nak tak pokok kunyit..pucuk dicita ulam mendatang, padang ragut biri-biri ku hulurkan..he he...

Tak berhenti disitu saje, cik abang ambil pokok daun pandan, benih buah limau lonjong, ishhh tak taulah namanya apa, tapi bila buat air lagi sedap dari buah lemon tu...

Balik dari kampung, bersemangatlah buat label biji benih, adalah terbaca dalam satu blog,apa yang patut dibuat....

1. biji benih dilabelkan,
2. buatlah write-up sikit kat label tu,
3. nama benih, tarikh,dapat kat mana...
4. nak bagi comel lukislah sikit bentuk buah atau bunga tu... anak gadis saya yang buat label comel sangat... nanti ada peluang saya ambil gambar ye...sekarang ni phone rosak, so susahlah nak ambil gambar..

Pada raya keempat, jalan-jalan ke sungai buluh, beli pokok buah delima merah, pokok bunga color-color, nama penuhnya belum dapat lagi...lain kali akan dituliskan dengan betul... kena buat buku lima untuk pokok-pokok ni..Beli jugak pokok creep warna pink...
gambar ni ambil dari tanjungputeri blogspot...nilah pokok bunga crepe yang dibeli dari sungai buloh tu... hajat di hati nak buat entrance yang macam kat bawah ni... ada pagar kayu....doakan ye... oklah kita sambung lain kali...nak rehatkan badan pulak... jumpa lagi semua....