Saturday 25 August 2012

Biji Benih

Biji benih yang dilabelkan oleh anak gadis saya... tengok tu ada gambar sayur / buah buat menambah keceriaan di Taman Ceria...he..he...^_^...

Biji benih yang ada dalam stok...

1. Cili Merah
2. Cili Padi
3. Terung Bulat Hijau
4. Terung Panjang Hijau
5. Tembikai Panjang/Lonjong
6. Lemon
7. Sayur Maman
8. Roselle
9. Bunga Taik Ayam


Benih baru je direndam, makanya esok bolehlah disemai anak benih tu...ada jugak anak benih yang timbul, itu maknanya anak benih tu tak berkualiti, boleh buang saje...maaflah ye kualiti gambar tak cantik...sementara tengah tunggu handphone diperbaiki, gunalah telefon lama cap 'China'...
Telefon tu kena kena duduk kat hospital dalam sebulan... kena tunggu alat gantinya... nasib baik ada warranty lagi, kalau idak...RM??? banyak tu nak betulkan...jadi kenalah bertahan guna handphone ni...bila ambil gambar lain ok... ke sebab tak pandai guna... he..he...

No comments:

Post a Comment